Artikel

Hampir 7 Juta Pekerja Sektor Awam, Swasta – Kini Diwajibkan Bekerja Dari Rumah, Elak Penularan COVID-19

Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah memperincikan beberapa perkara berhubung sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan aktiviti sosial.

Berdasarkan sektor ekonomi – penilaian risiko telah mencapai persetujuan untuk mengehadkan pergerakan para pekerja. Di mana 80% kakitangan awam merangkumi 750,000 pekerja dan 40% kakitangan swasta meliputi 6.1 juta pekerja di sarankan untuk bekerja dari rumah.

Tindakan ini bagi memastikan pergerakan para pekerja dapat dikawal dan penularan secara berterusan dapat ditangani pihak kesihatan.

Untuk makluman lanjut, para pekerja disarankan merujuk pada laman kementerian terlibat dan menanti perincian dari Kementerian Perdagangan Antarabangsan dan Industri (MITI) kelak.