Artikel

PKP 3.0: Operasi Sektor Ekonomi Kini Dihadkan Sehingga 8 Malam – Mulai 25 Mei Ini

Setelah mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dilaksanakan pada 21 Mei berhubung cadangan penerapan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 skala penuh, hari ini (22 Mei) MKN memperincikan tindakan selanjutnya.

MKN bersama pihak autoriti bersetuju untuk memperketatkan PKP 3.0 dengan tambahan sekatan pada sektor ekonomi dan aktiviti sosial Malaysia.

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri, Menteri Kanan (Keselamatan) langkah ini diambil berasaskan penilaian risiko yang diteliti MKN, KKM, MOF dan MITI pada peningkatan kes positif negara.

  • Ini merangkumi jumlah sekatan jalan raya (SJR) dan mengurangkan jumlah mereka yang bekerja di pejabat
  • 80% kakitangan perkerja awam kini dikehendaki berkerja dari rumah – angka ini meliputi seramai 750,000 individu
  • Sektor swasta sekitar 40% iaitu 6.1 juta pekerjanya akan bekerja dari rumah
  • Pengangkutan awam akan dihadkan 50% kapasiti penumpang – ini termasuklah LRT, bas
  • Operasi ekonomi dihadkan bermula 8 pagi sehingga 8 malam sahaja
  • Kewajipan mengimbas kos QR MySejahtera
  • Pemeriksaan secara bersepadu akan dilaksanakan

Bagi mengetahui lanjut, orang awam boleh mengakses pada mana-mana laman rujukan kementerian dan MKN.

Manakala di bawah sistem HIDE, MKN memberi amaran mana-mana syarikat terlibat perlu ditutup serta-merta setelah tersenarai di bawah sistem tersebut.