Artikel

Usaha Ujian Saringan COVID-19 Percuma Selangor – Bantu Mengesan Kedudukan Kes Positif

Beberapa ketika kebelakangan ini, negeri Selangor jelas menunjukkan antara negeri yang tertinggi mencatatkan angka kes positif harian COVID-19.

Untuk pengetahuan, sehingga kini Selangor telah mencatatkan angka kes keseluruhan sekitar 163,747 kes positif dengan angka kes harian setakat 21 Mei adalah 2,162 kes.

Menyedari peningkatan ini, ia adalah antara usaha yang disumbangkan oleh pelaksanaan ujian saringan secara percuma yang dilakukan Selangor di bawah SELANGKAH.

Kenyataan ini telah dikongsikan oleh Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari pada ciapan Twitter rasminya. Di mana sejak 8 Mei sehingga 20 Mei – hampir 20,000 individu telah tampil menghadiri Ujian Saringan Percuma COVID-19.

Menerusi kerjasama warga negeri ini ia secara tidak langsung telah mengesan kes positif dan penempatan yang berpotensi mengalami penularan COVID-19. Malah usaha ini secara tidak langsung membantu pihak kesihatan mengenalpasti Pembawa Senyap – Silent Carrier yang wujud dalam masyarakat awam.

Sehingga kini, kadar kebolehjangkitan negara (Rt) adalah di paras 1.17. Peningkatan kes dijangka akan terus berlaku sekiranya kadar pematuhan SOP masih rendah (kod merah).