Lajutan daripada sidang khas MKN yang diadakan pada petang ini (21 Mei 2021), kini Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan yang mana mesyuarat sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa kini.
Penambahan sekatan yang lebih ketat akan dilaksanakan, termasuk untuk sektor ekonomi dan sektor sosial.
Langkah ini dilihat diambil kerana penularan dalam komuniti yang semakin meningkat, selain kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.
Perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang media yang dijadualkan esok, 22 Mei 2021.
Kenyataan Media berkenaan PKP 3.0 pic.twitter.com/kyLyNiAXY9
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) May 21, 2021