Memiliki pengguna lebihi 300,000 di Malaysia dan 7 juta di seluruh dunia – Luno hari ini (21 Mei) telah mengumumkan kerjasamanya dengan Pizza Hut dan Shopee, untuk meraikan Hari Bitcoin Pizza dengan memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi baucar Pizza Hut.
Mulai hari ini sehingga 1 Julai – setiap pengguna yang membeli baucar Luno pada kedai rasmi Luno Shopee dan menebusnya melalui aplikasi Luno untuk pembelian Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP), Litecoin (LTC), dan/atau Bitcoin Cash (BCH) dalam tempoh kempen ini; akan mendapat ganjaran Bitcoin tambahan dan baucar Pizza Hut percuma bernilai RM30.
Baucar tersebut boleh didapati dengan harga serendah RM0.66 bersempena dengan promosi 6.6 Jualan Hebat Shopee tidak lama lagi.
Untuk makluman, kempen ini bagi meraikan ulang tahun ke 11 sejak transaksi Bitcoin pertama dilakukan pada 22 Mei, di mana perintis matawang kripto Laszlo Hanyecz membeli dua pizza besar dengan cryptocurrency pada tahun 2010, yang bernilai lebih daripada RM2 bilion pada pasaran hari ini.
Sejak itu, transaksi penting ini diraikan setiap tahun dengan seluruh industri matawang kripto mengiktirafnya sebagai salah satu peristiwa yang paling penting dalam sejarah.