Kebiasaannya dunia akan memperlihatkan lebih 2.5 juta jemaah bagi menunaikan ibadah di Mekah, namun angka itu kini dikurangkan kepada 1,000 jemaah sahaja.
Tindakan Kerajaan Arab Saudi adalah untuk mengelakkan penularan pandemik dari berlaku dan memastikan segala proses ibadah haji, umrah dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Menurut laporan Al-Watan, kebenaran itu akan diberikan kepada jemaah luar negara namun pematuhan SOP yang ketat wajar diikuti setiap negara untuk mengekang penularan COVID-19.
Antara syarat utama bakal jemaah haji ketika ini adalah menerima suntikan vaksin COVID-19, sebelum menunaikan ibadah haji.
Bagi program vaksinasi, Arab Saudi kini telah memeterai penerimaan suntikan dos vaksin melibatkan keluaran seperti Pfizer-BioNTech, AstraZeneca dan Moderna.