Artikel

PICK Terima Keutamaan Agihan Bekalan, Nafi Kawal Pembelian Vaksin – Khairy Jamaluddin

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin menyelar tanggapan bahawa terdapat kawalan pembelian vaksin sedang dilakukan oleh pihak atasan.

Jelasnya, keutamaan agihan bekalan akan tertumpu kepada PICK berbanding pihak swasta dan lain. Ini kerana, negara telah mengariskan agihan bekalan dos suntikan berdasarkan fasa dan pembukaan tempahan terbuka kepada orang awam.

Kritikan menyatakan pihak pentadbiran mengawal pembelian tersebut adalah tidak tepat. Hanya keutamaan didahulukan pada PICK, pihaknya tidak mengawal semua perolehan vaksin.

Khaiy mengatakan semua pihak layak membeli bekalan vaksin dan perlu menerima kelulusan dari NPRA – Bahagian Regulatori Farmasi Negara.

Pada masa yang sama, menerusi ciapan Khairy hari ini – memaklumkan tempahan suntikan AstraZeneca siri kedua akan dibuka pada 23 Mei, jam 12 tengahari khusus kepada kelompok 60 tahun ke atas.

Ia melibatkan warga di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri.