Kehadiran pandemik COVID-19 sejak tahun lalu, telah meningkatkan kadar pemacuan premis peniagaan tradisional ke arah digitalisasi.
Berdasarkan pengamatan lebih 100,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Mikro kini telah melibatkan penyertaan pada digitalisasi perniagaan mereka. Apa yang lebih menarik penyertaan itu mendapat sokongan dari platform Shopee Malaysia, dengan hampir RM1 bilion jualan dapat di jana pada e-dagang negara.
Untuk makluman, usaha ini hadir dengan pelbagai sokongan kementerian, agensi kerajaan, persatuan dan peringkat negeri untuk memastikan kelangsungan operasi PKS dapat dikukuhkan.
Antara kolaborasi-kolaborasi yang terdapat dalam portal dalam aplikasi Buy Malaysia yang mengibarkan Jalur Gemilang di laman utama Shopee termasuklah Kempen Beli Barangan Malaysia dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS PENJANA dan Inisiatif Shop Malaysia Online PENJANA melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Jana Niaga dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), eFAMAPLACE dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), FELDA E-Mall dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan banyak lagi.
Beberapa Kerajaan Negeri juga memantapkan usaha mereka dengan kempen seperti Johor e-Marketplace, Penang e-Mall, Selangor e-Bazar Raya dan S.M.A.R.T Niaga @ Perak bagi membantu para peniaga tempatan di negeri masing-masing.
Pada masa yang sama, Shopee kini sedang mempersiapkan kehadiran Jualan Hari Gaji menjelang 25 Mei ini berserta 6.6 Jualan Hebat mereka. Pelbagai tawaran serta ganjaran menarik menanti para pengguna.
Bagi maklumat lanjut pengguna boleh layari pada pautan > Shopee Jualan Hari Gaji & 6.6 Jualan Hebat 2021.