Artikel

Pelaksanaan PKP Skala Penuh Bakal Ditentukan Mesyuarat MKN Jam 3 Petang – Hari Ini

Perbincangan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berskala penuh hanya akan diketahui menerusi mesyuarakat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya, pada jam 3 petang hari ini (21 Mei).

Kenyataan itu telah dimaklumkan semalam (20 Mei) oleh Datuk Seri Takiyuddin Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Penelitian ini dilaksanakan berikutan angka kes positif harian Malaysia memaparkan peningkatan drastik. Setakat 20 Mei, sekitr 6,806 kes positif telah dicatatkan negara dengan rekod kematian tertinggi 59 kematian.

Untuk makluman mesyuarat ini turut melibatkan penyertaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri.

Sebarang berita lanjut, akan menyusul setelah perolehan keputusan.