Berdasarkan perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 19 Mei – tiada lagi zon hijau dicatatkan pada kawasan Semenanjung Malaysia, ini bermakna hampir seluruh Semenanjung Malaysia berdepan dengan risiko zon merah.
Untuk makulman, Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) menunjukkan dua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpulau pur dan Putrajaya kini dibawah zon merah, serta Selangor, Melaka, dan Pulau Pinang juga dibawah zon merah.
Sementara itu, antara negeri lain yang turut berpotensi berubah kepada zon merah secara keseluruhan adalah Negeri Sembilan, Perlis, Pahang, dan Perak.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham, Selangor kini merekodkan kes tertinggi sebanyak 21,343 kes, diikuti Kuala Lumpur 6,100 kes, Johor 5,148 kes dan Kelantan 4,498 kes.
Ini adalah 4 negeri yang memaparkan aliran peningkatan kes berterusan. Bagi makluman orang awam – kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini di paras 83%.
Pada masa yang sama, DG Noor Hisham turut mengakui sistem kesihatan kini berdepan tekanan besar, kepatuhan orang awam dalam memutuskan rantaian COVID-19 ini amat diperlukan.
Setakat ini jumlah kes positif negara pada 20 Mei telah mencecah 59,512 kes positif.