Artikel

AirAsia X Rekod Kerugian Bersih RM5.67 Bilion – Cenderung Alami Pengurangan Pekerja

Seperti yang umum ketahui, sektor penerbangan antara pemain industri yang perlu akur akan situasi semasa – ketidakupayaan beroperasi secara menyeluruh menjadikan entiti ini antara sektor yang menanggung kerugian tinggi.

Situasi ini turut di alami AirAsia X (AAX) – yang kini mencatatkan kerugian bersih RM5,67 bilion, kerugian terbesar pada rekod suku tahunan berakhir Mac lalu.

Tidak hanya tanggungan kerugian, bahkan pendapatan AAX turut merosot 29.6% kepada RM38.49 juta bagi suku-ke-suku. Faktor yang mendorong kejatuhan ini adalah kekerapan penerbangan semakin berkurangan, jumlah sewaan semakin terhad serta sekatan perjalanan antarabangsa.

Menyedari hakikat ini berdasarkan laporan Berita Harian – meskipun AAX sebelum ini telah melaksanakan pengurangan gaji dan tenaga pekerja secara berperingkat, laporan menjangkakan tindakan lanjutan pengurangan tersebut akan dilaksanakan.

Terutama pada bahagian tenaga kerja berkaitan operasi penerbangan.

Selain itu, bagi memastikan keutuhan operasi pembayaran dan konsesi dari pembekal, pemajak, peminjam telah dimohon penangguhan. Malah tindakan mengurangkan perbelanjaan modal turut diteliti buat masa ini.