Artikel

Produktiviti Pekerja Di Malaysia Papar Pemulihan – Catat Penurunan Kecil Pada Suku Pertama 2021

Suku pertama 2021 memperlihatkan aliran produktiviti pekerja di Malaysia semakin baik berikutan penurunan 0.4% lebih kecil berbanding suku keempat 2020 -2.9%.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu turut menunjukkan kadar penyertaan pekerja juga menurun lebih rendah -0.04%, sementara nilai jam bekerja pekerja juga telah berkurangan sekitar 0.9% dengan RM40 perjam pada suku ini.

Ini menandakan pertumbuhan produktiviti negara mengalami pemulihan meskipun di paras sederhana.  Setakat ini, pertumbuhanyang memaparkan penambahbaikan pada produktiviti dicatatkan pada sektor Perkhidmatan dari segi nilai tambah per jam (-1.7%), Kewangan dan Insurans dari segi per jam bekerja (9.7%) diikuti Perhutanan dan Pembalakan (1.6%), Pembuatan (5.9%) , Pertanian (0.1%).

Malah suku pertama 2021 juga memperlihatkan peningkatan jumlah pekerja dengan 15,237,000 berbanding 15,161,000 suku keempat 2020.