Artikel

Tindakan Boikot Coca-Cola Malaysia Dorong Kesan Terhadap Pekerja Tempatan

Lebih 85 tahun bertapak pada pasaran negara – Coca-Cola Malaysia kini menzahirkan kegusaran berhubung aktiviti boikot yang dilaksanakan segelintir pihak terhadap jenama mereka, ini berikutan krisis berlaku di Palestine.

Menurut kenyataan rasmi, segala pengeluaran produk Coca-Cola Malaysia semuanya dihasilkan dalam pasaran negara – tindakan memboikot ini akan memberi kesan kepada pekerja tempatan.

Ia merangkumi ribuan peruncit, pengedar, pembekal dan mereka yang secara langsung mahupun tidak langsung berada di sepanjang rangkaian pengedaran Coca-Cola Malaysia yang bergantung kepada syarikat untuk keberlangsungan sumber pendapatan.

Tegas Coca-Cola Malaysia, pihaknya menentang dan tidak menyokong sebarang perjuangan yang bermotifkan apa-apa keganasan kepada mana-mana negara diseluruh dunia.

Pihaknya menyatakan akan terus memberikan komitmen yang kukuh selain menyumbang kepada kepentingan masyarakat.