Artikel

Kadar Vaksinasi Akan Terus Meningkat, Dijangka Dapat Dipenuhi Menyeluruh Pada Tahun Ini

Mengulas lanjut kritikan yang diterima oleh semua pihak berhubung agihan pembekalan dos vaksin negara ketika ini – Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menyatakan kadar vaksinasi negara akan terus meningkat.

Sekiranya semua pihak hanya tertumpu kepada kadar agihan terdahulu, maka stigma berhubung agihan bekalan ini akan mengambil masa yang lama seperti yang digemburkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini memastikan kadar vaksinasi negara akan meningkat dari semasa ke semasa. Agihan akan meningkat pada Jun, seterusnya Julai dan Ogos.

Peningkatan ini akan memacukan lagi proses vaksinasi negara.

Khariy juga turut menyasarkan permintaan suntikan vaksin ini akan dapat dipenuhi pada tahun ini untuk semua masyarakat di Malaysia. Keyakinan dan kepatuhan orang awam dalam menjayakan proses ini amat dihargai.

Setakat 18 Mei, sekitar 2,072,44 dos vaksin telah dilaksanakan. Jumlah ini merangkumi penerima dos pertama sekitar 1,278,981 individu manakala 793,463 individu pula telah menerima dua suntikan dos.

Sementara itu, jumlah pendaftaran di MySejahtera kini memaparkan 10,288,034 individu telah berdaftar.

Orang awam diminta untuk kekal mematuhi garis panduan, menjaga jarak, pemakaian pelitup muka, kebersihan diri dan elak dari berkunjung ke kawasan orang ramai.

Pada masa yang sama, bagi individu yang bakal menerima suntikan vaksin perlu menyemak status risiko pada aplikasi MySejahtera sebelum memasuki Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Sekiranya anda diklasifikasikan sebagai Kes Yang Disahkan Bergejala, Kes Suspek, Kontak Rapat dan Individu Dalam Pemantauan (PUS) – anda TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI PPV.

Tindakan itu bagi mengelakkan dari sebarang potensi penularan berlaku.