Artikel

MAA Sasar Jualan Kenderaan Lebih Rendah Pada Mei – Berikutan Penerapan PKP 3.0

Peratusan jualan kenderaan April lalu kini memaparkan penyusutan 9.34% kepada 57,912 unit kenderaan.

Jualan ini merangkumi kenderaan penumpang 52,628 unit, sementara kenderaan komersial pula 5,284 unit.

Rekod itu nyata menurun berbanding jualan kenderaan pada Mac, yang mencatatkan jualan 63,878 unit kenderaan.

Berdasarkan pengamatan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) – berikutan kekurangan bekalan cip pada kenderaan memberi kesan kepada pengeluar.

Malah penerapan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini turut merencatkan jualan kenderaan di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Melihat pengaturan PKP 3.0 diseluruh negara – MAA menyasarkan jumlah jualan pada bulan Mei ini akan lebih rendah. Meskipun ekonomi kekal beroperasi namun penularan varian baharu telah memberi kesan kepada perniagaan. Khususnya membabitkan sesi pameran kenderaan.