Artikel

Harga Minyak Petrol – RON97 Naik 1 Sen, Sementara RON95 Kekal Di Paras Siling

Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara esok, ia menunjukkan sedikit peningkatan.

Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 20 Mei 2021 hingga 26 Mei 2021.

RON97 naik 1 sen dengan catatan RM2.61 sen seliter, RON95 pula kekal di paras harga yang sama iaitu RM2.05 sen seliter – ini disebabkan penetapan harga siling.

Diesel turut kekal pada paras harga RM2.15 sen seliter.

Kerajaan kini akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.