Artikel

Tiada Lagi Zon Hijau Di Semenanjung Malaysia – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mulai berkongsikan situasi semasa kesihatan negara berdasarkan tempoh 14 hari, 5 Mei sehingga 18 Mei 2021.

Ternyata, kini tiada lagi zon hijau di Semenanjung Malaysia.

Kenyataan itu membawa erti hanya zon merah (41 kes ke atas), zon jingga (21-40 kes) dan zon kuning (1-20 kes) sahaja memenuhi 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan di Malaysia.

Untuk makluman, antara negeri yang secara keseluruhannya diklasifikasikan sebagai zon merah adalah Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Melaka.

Sementara negeri lain masih lagi memiliki zon jingga dan zon kuning.

Sehingga kini bilangan kes positif Malaysia mencatatkan 57,089 kes COVID-19.