Artikel

Industri Perlancongan Perlu Diberi Perhatian – Semakin Merosot

Setelah setahun lebih mendepani pandemik COVID-19, kedudukan sektor pelancongan negara kini semakin merosot bahkan kesepian terus melanda khususnya pada kawasan ekonomi pelancongan.

Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) menyifatkan tindakan penerapan PKP 3.0 ini sekadar meningkatkan lagi sekatan operasi oleh pemain industri. Berdasarkan tinjauan ke atas 3,000 ahli MITA, 10% agensi perlancongan berlesen kini telah menutup operasi mereka.

Faktor utama yang diperlihat ketika ini adalah penutupan pintu sempadan menidakkan ruang pelancongan untuk kekal beroperasi.

Maka, bagi menangani permasalahan itu – beberapa cadangan telah diusulkan:

  • Moratorium automatik tanpa faedah disalurkan kepada pemain pelancongan
  • Saluran dana¬† pembiayaan perlancongan RM1 bilion – BNM perlu memperincikan agihan tersebut
  • MOTAC perlu hadir dengan insentif bantuan khas
  • Pengecualian khas – untuk insurans, cukai jalan dan PUSPAKOM selama 3 tahun
  • Kebenaran premis beroperasi dari rumah sehingga Disember 2022
  • Pembukaan sempadan setelah PKP berakhir dan fokus kepada pelancongan yang telah menerima vaksin
  • Mengutamakan vaksin kepada pemain industri

Melalu beberapa cadangan ini – lanjutan pemulihan sektor pelancongan dapat bersedia untuk berdepan dengan kebarangkalian risiko seperti tanggungan kos, pemberhentian pekerja serta kerugian yang di alami meskipun pemain industri tidak beroperasi.

MITA menyasarkan negara perlu memulakan perancangan ini dan mengkaji amalan terbaik negara lain, seperti Qatar, Maldives dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai panduan untuk mencorakkan semula landskap pelancongan negara.