Artikel

Moody’s Sasar KDNK 2021 Sekitar 5.5% – Namun Masih Berdepan Risiko Ketidaktentuan Ekonomi

Prospek pertumbuhan negara disasarkan akan alami pengukuhan oleh syarikat penarafan antarabangsa – Moody’s. Sasaran itu meliputi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 5.0%-5.5% pada tahun ini.

Moody’s mengekalkan profil kredit Malaysia sebagai A3. Unjuran kehadapan Malaysia adalah ‘stabil’.

Antara sebab Moody’s mengekalkan penarafan ini adalah kerana ia disokong oleh ekonomi besar, dan kandungan ekonomi yang pelbagai.

Moody’s berkata prospek pertumbuhan Malaysia dijangka sederhana.

Jangkaan ini berikutan penggubalan dasar makroekonomi yang konsisten. Ini menjadikan prestasi kewangan negara kekal stabil.

Selain itu, antara jangkaan pertumbuhan baik ini berterusan adalah disokong pembangunan infrastruktur, sektor pembuatan dan kepelbagaian sumber asli negara.

Bagaimanapun, pemulihan ekonomi negara masih lagi bergantung kepada situasi krisis semasa. Ketidaktentuan permintaan global mampu meningkatkan lagi risiko pemulihan negara. Ia juga turut berpaksi kepada kadar agihan bekalan vaksinasi dan keberkesanannya pada masyarakat awam.

Tidak hanya itu, Malaysia masih memiliki beberapa kekurangan dari segi paras hutang, isu rasuah dan ketidakstabilan politik. Aspek ini kemungkinan akan memperlahankan dinamik ekonomi negara.