Artikel

Sistem HIDE Perlu Dikemas-Kini – Bantu Orang Awam Ketahui Senarai Premis Titik Penularan COVID-19

Setelah makluman Hotspot Identification for Dynamics Engagement (HIDE) pada 8 Mei lalu dikeluarkan oleh kerajaan. Senarai premis yang berpotensi menjadi titik panas penularan COVDI-19 itu nyata memberi pendedahan baik kepada orang awam.

Malah tindakan lanjut Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan premis yang terlibat untuk ditutup selama 3 hari juga nyata membantu mengurangkan penularan tersebut.

Bagaimanapun, penulis melihat setelah 8 Mei – sistem HIDE ini tidak lagi mengemaskini senarai premis baharu. Situasi ini nyata mewujudkan kebimbangan kepada orang awam. Tindakan tidak mengemaskini senarai HIDE ini nyata bercanggah dengan apa yang telah dilampirkan pada F&Q HIDE 8 Mei lalu.

Seharusnya sistem HIDE di bawah CPRC Analytics ini perlu diperincikan datanya pada setiap hari – tindakan ini akan memudahkan orang awam mengetahui lokasi yang berpotensi.

Berdasarkan laporan TheStar, Menteri MOSTI Khairy Jamaluddin menjelaskan sebelum ini – kemas kini sistem HIDE tersebut hanya akan diketahui pada hari ini (18 Mei). Meskipun buat masa ini tiada sebarang maklum balas, semua pihak masih menanti maklumat semasa dari pihak KKM dan MOSTI untuk input lanjut.

Malah pada masa yang sama Presiden Organisasi Peruncit Bumiputera Datuk Dr Ameer Ali Mydin ketika temubual ConsiderThis Awani – menyatakan terdapat pertikaian berhubung pengumpulan data pada sistem HIDE, di mana pihak pengurusan tidak mengetahui kaedah pengumpulan. Sekiranya lokasi yang tersenarai diperkatakan berpotensi, pihak peruncitan menjelaskan pihaknya hanya membenarkan individu yang berisiko rendah sahaja memasuki premis berdasarkan status aplikasi MySejahtera.

Datuk Ameer menjelaskan premis yang terlibat bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa – namun penerapan SOP yang lebih terperinci perlu dimaklumkan kepada premis yang tersenarai di HIDE. Langkah ini akan mengurangkan kerugian yang dialami secara mengejut.

Setakat ini, angka harian kes positif telah mencecah 4,865 kes dan kadar kematian kini telah meningkat 0.41% di Malaysia.

Bagi peringatan umum, seharusnya orang awam, kerajaan dan pelbagai pihak harus tampil berkerjasama dalam mengekang penularan COVID-19 ini. Melihat situasi semasa, sekiranya gagal dipertingkatkan, ini akan membawa Malaysia ke angka penularan yang lebih besar.