Artikel

Kesihatan Lebih Diutamakan – WEF Umum Pembatalan Sidang Khas 2021 Di Singapura

Berikutan krisis kesihatan semasa COVID-19, Forum Ekonomi Dunia (WEF) kini mengumumkan pembatalan sidang mesyuarat tahunan khas 2021 di Singapura yang dijadualkan pada 17 hingga 20 Ogos kelak.

Pembatalan ini mengambilkira situasi kesihatan semasa seluruh dunia.

Meskipun perdebatan berhubung krisis kewangan global adalah kepentingan seluruh pihak. Namun, menurut Pengasas dan Pengerusi WEF – Profesir Klaus Schwab kesejahteraan dan keselamatan semua pihak ketika ini lebih diutamakan.

Segala penelitian berhubung agenda perbincangan akan terus dilakukan secara maya. Ini merangkumi permasalahan pada sentimen prospek pasaran, perbezaan agihan vaksinasi negara serta ketidaktentuan berhubung kemunculan varian baharu.

(Photo by Fabrice COFFRINI / AFP)