Artikel

Penggunaan ShopeePay Terus Melonjak Pada Pasaran Indonesia – Tinjauan

Era pandemik COVID-19 telah membawa kecenderungan orang awam untuk berbelanja secara atas talian menerusi platform e-dagang. Malah tindakan itu tidak hanya membantu mengehadkan pergerakan individu bahkan, meletakkan ShopeePay selaku antara cabang dompet digital pilihan negara jiran, Indonesia.

Berdasarkan tinjauan NeuroSensum Indonesia pada November 2020 sehingga Januari 2021 – ShopeePay kini memiliki penglibatan pengguna dengan 68% mengatasi pesaing yang lain pada pasaran mereka iaitu OVO 62%, DANA 54%, GoPay 53% serta LinkAja 23%.

Tinjauan melibatkan 1,000 responden jelas mengakui lebih banyak menggunakan ShopeePay berbanding dompet digital lain.

Antara faktor yang mendorong keyakinan para pengguna adalah pengalaman pengguna pada aplikasi dilihat teratur serta mudah dan penawaran promosi menarik turut berjaya meningkatkan penglibatan pengguna di luar talian.

Menerusi momentum, ia secara langsung menempatkan ShopeePay selaku penyumbang kepada sasaran peningkatan nilai e-dagang pasaran Indonesia.

Setakat ini nilai pasaran e-dagang Indonesia disasarkan meningkat 33.2% dari tahun-ke-tahun kepada IDR337 trilion iaitu AS$24 juta (RM99.01 juta) pada tahun ini.