Artikel

Laluan Pintasan Serendah – Perkasakan Kecekapan Pengangkutan Rel Kargo Negara

Ekosistem perkhidmatan KTM Kargo kini dapat diperluaskan menerusi pengenalan pelan Pintasan Serendah – projek ini disasarkan dapat meningkatkan kecekapan operasi pengangkutan rel kargo negara.

Melalui pembinaan laluan Serendah ke Pelabuhan Klang ini ia akan membantu mengatasi isu kesesakan laluan kereta api Kuala Lumpur yang sedia ada.

Tumpuan lalu akan dialihkan dan akan meningkatkan slot perkhidmatan KTM Kargo. Sebelum ini, slot laluan di KL menjadi lebih terhad berikutan keutamaan diberi kepada perkhidmatan rel penumpang di KL Sentral danĀ  Putra.

Situasi itu telah mengehadkan operasi KTM Kargo di luar waktu puncak.

Tindakan ini tidak hanya membuka ruang slot KTM Kargo malah meningkatkan lagi kekerapan perkhidmatan KTM dan ETS penumpang.

Adanya pembangunan ini akan membantu perkhidmatan kargo mengukuhkan bahagian logistik kepada pembangunan industri di kawasan utara semenanjung Malaysia.

Menerusi langkah laluan Serendah itu – KTM menyasarkan sekitar 500,000 TEU kargo setahun akan dilaksanakan dan pertambahan muatan itu akan terus dinaiktarafkan.