Artikel

Sehingga Kini, Tiada Kesan Sampingan Serius Dilaporkan Pada Suntikan AZ – Khairy Jamaluddin

Sejak pelaksanaan suntikan vaksin AstraZeneca, pihak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan memaklumkan buat masa ini tiada sebarang kesan sampingan yang serius dilaporkan.

Berhubung persoalan isu penangguhan penggunaan 450,000 dos vaksin tersebut membabitkan dari Indonesia, Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin menyatakan semakan masih sedang dilakukan.

Bagaimanapun, lanjutan vaksin AZ masih kekal diteruskan oleh Malaysia selari dengan keputusan CITF yang mengesahkan tiada sebarang masalah serius yang timbul.

Berikutan permintaan yang menggalakan diterima negara – pembukaan siri kedua tempahan AZ akan dibuka pada 23 Mei – 26 Mei, khusus kepada kumpulan yang berusia 60 tahun ke atas. Keutamaan ini bagi memastikan kelompok berisiko dapat mencapai tahap imunisasi pada kadar segera.

Menjelas lanjut, sekiranya pada 26 Mei masih terdapat slot untuk orang awam – keutamaan akan dibuka kepada senarai menunggu bagi tempahan AZ.