Artikel

Paras Hutang Global Tingkatkan Risiko Pertumbuhan, Kestabilan Kewangan – Moody’s

Ketika seluruh dunia mulai memberi tumpuan pemulihan ke atas pertumbuhan masing-masing, namun krisis hutang yang terkumpul pada tahun lalu sekitar lebih RM99.04 trilion (AS$24 trilion) – menunjukkan risiko tersebut masih tinggi.

Moody’s – syarikat penarafan antarabangsa ini melihat peratusan hutang ini sebagai paras tertinggi daripada KDNK dengan catatan 366%.

Angka ini sekaligus akan memperlahankan momentum dunia dalam mengimbangi semula krisis yang sedang berlaku.

Untuk makluman peningkatan ini merangkumi hutang korporat, hutang isi rumah, hutang sektor kewangan dan hutang pinjaman oleh kerajaan.

Adanya peningkatan hutang ini, ia akan memberi kesan kepada permintaan dan pelaburan dari seluruh dunia. Kadar bersikap hati-hati akan mempengaruhi sentimen pasaran setiap negara.

Setakat ini, antara negara yang menyaksikan tanggungan hutang yang lebih kecil adalah Jepun, berbanding negara Asia Pasifik lain. Sementara Amerika Syarikat (AS) dan China pula antara negara yang memiliki bebanan hutang tinggi.