Artikel

Mulai 1 Jun e-Tunai Belia RM300 Juta Akan Diagihkan – Menerusi BigPay, Boost, ShopeePay Dan TNG eWallet

Kini sejumlah RM300 juta kredit e-tunai akan diagihkan kepada belia dan pelajar sepenuh masa yang layak di bawah Program eBelia.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) negara, peruntukan ini akan dibuka mulai 1 Jun 2021 kelak – ia bertujuan membantu sekitar 2 juta belia dan pelajar dari aspek krwangan berperbelanjaan mereka. Malah langkah ini dilihat mampu memperkasakan penerapan aliran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Bagi setiap penerima yang layak akan memperolehi nilai kredit RM150. Untuk makluman agihan itu akan disalurkan kepada 4 penyedia perkhidmatan e-tunai yang terpilih iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Lebih menarik menerusi perolehan kredit e-tunai itu, belia turut menerima insentif tambahan seperti baucar, pulangan tunai serta mata ganjaran daripada pilihan penyedia perkhidmatan tersebut.

Kriteria belia yang terlibat adalah individu berusia 18 tahun dan ke atas, merupakan pelajar sepenuh masa peringkat diploma, SKM4 dan IPT tempatan yang berdaftar.

Tempoh tuntutan nilai e-tunai ini akan bermula pada 1 Jun sehingga 22 Julai dan kredit tersebut dapat dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021 kelak.