Kapasiti vaksinasi negara kini memaparkan peningkatan berikutan pengenalan tempah suntikan AstraZeneca yang dilaksanakan pada 2 Mei lalu.
Pada perkembangan semasa sidang maya PICK – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini (17 Mei), Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin menyatakan sistem kesihatan negara telah menetapkan jarak suntikan dua dos selama 12 minggu selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kini, mulai minggu hadapan satu permohonan akan dibuka untuk memendekkan jarak suntikan 2 dos AZ kepada orang awam.
Pembukaan permohonan ini meliputi kumpulan para pelajar atau individu yang memiliki sebab perlu melakukan perjalanan ke luar negara atau sebab-sebab lain.
Permohonan itu boleh dilakukan menerusi laman portal kesihatan pada minggu hadapan.
Pada masa yang sama permohonan tempahan suntikan vaksin AZ bagi siri kedua akan dilakukan pada 23 Mei kelak – perluasan ini turut memberi keutamaan kepada kelompok warga emas yang ingin menerima suntikan tersebut.
Turut sama yang terlibat pada tempahan siri kedua ini merangkumi penduduk negeri Johor, Sarawak dan Pulau Pinang yang telah diklasifikasikan beberapa zon merah.