Tealive kini telah memiliki sekitar 600 cawangan di seluruh negara. Menyedari permintaan yang berterusan diterima dari pengguna – syarikat minuman teh pelbagai variasi itu turut menjangkakan operasi jenama dapat diperluaskan sehingga 1,000 cawangan dalam masa 3 tahun ini.
Menerusi kenyataan Bryan Loo Ketua Pegawai Eksekutif Loob menyatakan pihaknya merancang untuk memperluaskan operasi dengan sasaran pembukaan antara 130 sehingga 150 cawangan pada setiap tahun.
Antara lokasi yang akan diberi tumpuan seperti Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Penerapan norma baharu ketika ini turut akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Tealive dengan mengfokuskan kepada perkhidmatan pesanan lebih awal, bahagian pandu-lalu dan pandu-masuk pembelian serta terlibat dalam pelbagai perkhidmatan pesanan atas talian.
Adanya penglibatan ini – ia akan memudahkan para pengguna serta menerapkan gagasan Ekonomi Tanpa Sentuhan negara.
Setakat ini, Tealive memiliki lebih 100 cawangan pandu-masuk serta 10 cawagan pandu-lalu yang membolehkan pelanggan membuat pesanan awal dan menunggu di ruangan khas untuk terima pesanan mereka.