Ternyata Walt Disney Co tidak mencapai sasaran yang ditetapkannya pada suku kewangan lalu – berhubung langganan perkhidmatan, Disney+.
Ini kerana jangkaan langgan penstriman baharu itu dicatatkan pada 103.6 juta pelanggan sahaja. Ia dibawah angka sasaran 110.3 juta pelanggan.
Berdasarkan laporan Bloomberg, antara faktor kekangan yang diperhatikan adalah kekurangan kandungan baharu menjadi cabaran pihak Disney+. Ia kerana, penangguhan penerbitan terpaksa dilakukan susulan pandemik COVID-19 yang semakin meningkat.
Situasi ini tidak hanya didepani Disney+, bahkan penstirman video lain turut mengalami situasi yang sama.
Meskipun keadaan semasa tidak memihak mana-mana kumpulan, Ketua Pegawai Eksekutif Disney Bob Chapek masih lagi optimis dengan menyasarkan penglibatan langganan akan terus meningkat serta capai sasar 260 juta pelanggan di seluru dunia, menjelang akhir 2024 kelak.