Artikel

Bayaran Fasa Kedua BPR – 17 Mei Agihan Dana Secara Fizikal Menerusi BSN, Orang Awam Diminta Semak

Agihan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi fasa kedua telahpun mula dilakukan sejak 7 Mei lalu, secara berperingkat.

Menurut Tengku Zafrul – Menteri Kewangan Malaysia (MOF) sekitar 3.6 juta isi rumah serta 1.0 juta warga emas (bujang tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang bakal menerima manfaat  berjumlah RM2.75 bilion.

Agihan secara berperingkat ini dilakukan pada 2 bahagian, iaitu bagi segmen pertama 7 Mei sehingga 12 Mei 2021 – dana akan terus disalurkan pada akaun bank:

  • Isi Rumah
  • Warga Emas
  • Bujang

Manakala, segmen kedua pula pada 17 Mei (hari ini) menerima dana secara fizikal pada cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

  • Penerima yang tidak memiliki akaun bank – ini termasuklah penerima di Sabah dan Sarawak.

Bagi penerima dana BPR secara fizikal ini dinasihatkan untuk kekal mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak BSN. Penerima dikehendaki membuat semakan terlebih dahulu pada laman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum hadir ke cawangan BSN.

Para penerima hanya perlu membawa kad pengenalan diri serta hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan mewakili penerima bagi perolehan dana BPR 2021.

Bagaimanapun, untuk pihak yang gagal memiliki kelulusan kini boleh melakukan permohonan rayuan BPR yang akan dibuka mulai 15 Jun sehingga 30 Jun 2021 kelak. Segala maklumat lanjut, akan diberitahu dari semasa ke semasa.