Maybank kini mengumumkan yang mana selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, bermula hari ini, 17 Mei 2021, cawangan Maybank akan mengehadkan operasi dari 9.30 pagi sehingga 1 petang sahaja.
Langkah ini diambil dalam usaha menjaga kesihatan dan keselamatan para pekerja Maybank dan juga para pelanggan – selari dengan PKP yang memerlukan had terhadap pergerakan dan pertemuan secara bersemuka.
Maybank mengatakan pelbagai perkhidmatan perbankan utama mereka masih boleh diakses melalui platform perbankan digital mereka.
Pengguna juga boleh melakukan temujanji dengan cawangan melalui Maybank EzyQ, dan merancang pergerakan ke cawangan perbankan Maybank.
#MBBAlert In light of the nationwide MCO, our branch operating hours will be temporarily revised to 9.30am-1pm, starting 17 May 2021, to ensure our customers’ and employees’ safety.
During MCO, our SST will be operating from 6am–10pm, in line with the Government’s SOP.
(1/2)— Maybank (@MyMaybank) May 15, 2021