Artikel

Ketika Jumlah Kes Positif Meningkat 15.9% – Tahap Pematuhan SOP Masyarakat Masih Rendah

Peningkatan kes positif COVID-19 ketika ini dilihat masih tidak mengugat beberapa pihak, ini kerana berdasarkan pemerhatian pihak berkuasa – tahap pematuhan SOP masih tidak memuaskan berikutan jumlah kompaun yang telah dikeluarkan.

Berdasarkan laporan Bernama, meskipun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuat kuasakan di seluruh negeri – tetapi masih ada pihak yang mengingkari arahan tersebut. Kenyataan ini meliputi tinjauan di seluruh negeri.

Pengenaan denda ini merangkumi ketidakpatuhan SOP – bersiar-siar, ziarah rumah ke rumah, tidak melakukan penjarakan fizikal, cubaan melintasi sempadan negeri tanpa kebenaran, berkumpul beramai-ramai dan tidak mematuhi arahan mengimbas kod QR diri serta pengambilan suhu di sesebuah premis.

  • Selangor – sehingga 14 Mei, sekitar 122 kompaun telah dikeluarkan
  • Terengganu – 43 kompaun telah dikeluarkan – jumlah RM172,000
  • Kelantan – 4 kompaun telah dikeluarkan
  • Perak – 157 kompaun telah dikeluarkan
  • Pahang – telah mendenda individu dalam parti politik di Pekan RM4,000
  • Negeri Sembilan – 3 kompaun telah dikeluarkan
  • Pulau Pinang – 25 kompaun telah dikeluarkan
  • Johor – 23 kompaun telah dikeluarkan
  • Putrajaya – 16 kompaun telah dikeluarkan

Makluman berhubung pengeluaran kompaun ini adalah berdasarkan laporan minggu ini. Orang awam dinasihatkan untuk terus meningkatkan pematuhan SOP dengan mengamalkan pemakaian pelitup muka, kebersihan diri, penjarakan fizikal serta elak dari tempat kesesakan awam.

Menerusi peningkatan kadar jumlah kematian dan kes positif berbanding minggu lalu – pematuhan yang rapi wajar diterapkan oleh semua pihak. Bagi memutuskan rantaian COVID-19 dan menurunkan keluk penularan pandemik.

Selain itu, bagi mana-mana individu yang terlibat untuk suntikan AstraZeneca dan telah diklasifikasikan sebagai kontak rapat pesakit COVID-19 iaitu berstatus individu dalam siasatan (PUI), individu dalam pengawasan (PUS) telah disarankan untuk kekal kuarantin di rumah. Tindakan kehadiran individu terlibat ke mana-mana PPV akan meningkatkan lagi potensi penularan COVID-19.