Artikel

Lanjutan Tempoh Kuarantin 21 Hari Ke Atas Pengembara Dari India – Kini Sedang Di Teliti

Kementerian Kesihatan Malaysia kini telah menetapkan tempoh kuarantin diri 21 hari ke atas pengembara dari India, meliputi penumpang dan 219 petugas di bawah Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).

Berdasarkan misi itu sekitar 132 inidividu telah dibawa pulang dari India, ini termasuklah 117 orang warga Malaysia. Susulan ujian saringan yang dilakukan pada 13 Mei, 7 penumpang telah didapati positif dengan kadar positiviti 5.3%.

Melihat situasi itu kerajaan akan melaksanakan penilaian risiko untuk melihat keperluan melanjutkan tempoh kuarantin dari 14 hari kepada 21 hari bagi semua penumpang lain yang akan tiba dari India. Buat masa ini pertimbangan masih dibawah penelitian.

Orang awam diminta untuk berwaspada terhadap kemunculan varian baharu India iaitu B.1.617 dan kekal mengamalkan pematuhan SOP.