Galeri Petronas merupakan salah satu galeri seni awam yang popular, dan berpusat di KLCC. Apa pun, agak menyedihkan, kerana kini selepas beroperasi sekitar 28 tahun, Petronas mengumumkan Galeri Petronas telah menamatkan operasi pada bulan Mei 2021 ini.
Menurut Petronas, walaupun telah menutup galeri awam ini, karya dan seni daripada Petronas Art Collection masih boleh dipinjam untuk sebarang program atau inisiatif untuk pameran.
Galeri Petronas sebelum ini telah diitubuhkan pada 1992 yang lepas, dan seterusnya berpindah ke KLCC pada tahun 1998. Ia telah menjadi salah satu lokasi utama yang dituju dalam mempromosikan hasil kerja anak seni tempatan – bukan sahaja untuk tatapan pengunjung tempatan, tetapi juga pengunjung antarabangsa.
Penutupan Galeri Petronas ini dilakukan selepas pelaksanaan model operasi perniagaan disebabkan oleh pandemik Covid-19.