Anak syarikat AirAsia Group Berhad – Asia Digital Engineering (ADE) kini bakal tampil selaku penyedia kejuruteraan di Asia bagi perkhidmatan penyelenggaraan.
Ini bermakna perkhidmatan ADE tidak sekadar tertumpu kepada sokongan penyelanggaraan pesawat AirAsia, bahkan syarikat penerbangan lain di rantau Asia.
Untuk makluman kelulusan ini diperolehi di bawah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Melalui kelulusan ini, ADE tidak hanya menyediakan penyelanggaraan talian tetap tetapi turut merangkumi bahagian penyelenggaraan berat atau C-check bagi penerbangan di bawah AirAsia.
Selain kelulusan CAAM, ADE turut perolehi kelulusan DGCA – Direktorat Jeneral Penerbangan Awam India dan Indonesia untuk melaksanakan kerjasama dengan pihak berkuasa penerbangan Asean berserta agensi keselamatan eropah.
Akses ini akan meluaskan penyertaan ADE bersama pengendali penerbangan dari aspek teknologi, inovasi dan tingkatkan kualiti perkhidmatan.