Artikel

Pertumbuhan Ekonomi Negara Masih Berdepan Risiko – Ketidaktentuan Situasi Semasa

Pentadbiran negara tidak menolak bahawa, pertumbuhan ekonomi ketika ini masih berisiko berdepan dengan krisis. Tanggapan ini susulan mengambilkira persekitaran ekonomi meliputi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Malah kemunculan varian kebimbangan pada pandemik COVID-19 kini telah meningkatkan kegusaran tersebut.

Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MOF) bagaimanapun menyatakan setakat ini pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak akan memberi impak yang tinggi pada sentimen ekonomi negara.

Umum ketahui, meskipun negara berdepan dengan langkah sekatan tetapi operasi sektor ekonomi masih kekal dibuka seperti biasa.

Malah, menurutnya pelbagai penerapan dasar perbelanjaan dan fiskal jangka panjang serta sederhana diterapkan untuk terus mengimbangi pertumbuhan Malaysia.

Bank Negara Malaysia (BNM) juga turut optimis akan aliran pemulihan ekonomi negara. Kadar KDNK negara tahun ini masih disasarkan pada anggaran 6% sehingga 7%.