Memasuki tahun kedua meraikan perayaan Aidilfitri jauh dari keluarga, saudara dan rakan-rakan tidak mengehadkan semangat untuk mengamalkan tradisi perayaan kita – khususnya pemberian duit raya.
Kini, meriahkan tradisi itu bersama Boost dengan mengaktifkan ciri e-Duit Raya pada aplikasi dengan mengemaskini dompet digital pengguna kepada Premium Wallet. Ini kerana, hanya pengguna premium sahaja yang boleh melakukan transaksi tersebut. Sementara Basic Wallet hanya boleh menerima e-Duit Raya.
Apa yang lebih menarik, menerusi pengaktifan tersebut para pengguna dapat memilih 6 reka bentuk sampul Raya berserta kad ucapan khas buat penerima sewaktu penghantaran duit raya dilakukan.
Malah, ciri ini turut membolehkan para pengguna menghantar e-Duit Raya sehingga 10 penerima.
Pada masa yang sama, penerima diberi pilihan untuk menyimpan perolehan e-Duit Raya itu, atau mendermakan kepada golongan yang kurang berkemampuan serta badan tertentu.