Artikel

LTAT Umum Dividen 3.5% – Untung Bersih Cecah RM229 Juta

Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 lalu telah memperlihatkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini mencatatkan untung bersih lebih tinggi mencecah RM229 juta.

Tidak hanya itu, LTAT kini turut mengumumkan peningkatan dividen mereka kepada 3.5% berbanding tahun sebelumnya – 2019 iaitu 2.5%.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri pencapaian ini suatu momentum yang baik buat LTAT meskipun berdepan dengan krisis ekonomi dan kesihatan ketika ini.

Antara aspek yang mendorong momentum seimbang adalah pelaksanaan Pelan Transformasi LTAT, ia dilihat membantu menghasilkan inisiatif berimpak tinggi.

Hasil pelan itu, sekitar 53 inisiatif telah berjaya dilaksanakan pada tahun lalu, kini tambahan 77 inisiatif akan dilakukan pada 2021 bagi mengukuhkan operasi dan prestasi kewangan entiti.

Untuk makluman, sehingga 31 Disember 2020, aset LTAT di bawah pengurusan berada pada RM9.6 bilion.