Artikel

Hanya Satu SOP Untuk Seluruh Malaysia Kini Diterapkan Pada PKP 3.0 – KKM, MKN

Setelah melalui dua siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini – sidang media Dato’ Ismail Sabri bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham hari ini (11 Mei) mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) secara menyeluruh yang lebih ketat untuk siri PKP 3.0.

Tindakan ini berikutan sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi – rentetan peningkatan penularan yang diterima negara. Malah kemunculan varian baharu seperti varian kebimbangan UK, Afrika Selatan, India – ia turut meningkatkan lagi kadar ancaman kepada kesihatan negara.

Untuk makluman setakat hari ini, sebanyak 3,900 kes positif harian dicatatkan dengan jumlah kematian ketika ini 1,722 kes. Manakala, 92% jangkitan ketika ini adalah dalam kalangan warga tempatan – data ini membimbangkan situasi negara.

Bagi mengetahui garapan SOP, orang awam boleh merujuk pada setiap portal rasmi kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mengulas lanjut berkenaan penerapan Ordinan Darurat – pihak KKM menyifatkan peranan Ordinan Darurat telah memudahkan proses pengawalan petugas barisan hadapan terhadap krisis kesihatan negara. Di mana penangguhan pilihan raya dapat dilakukan, ia dapat mengelakkan dari berlakunya penularan yang lebih besar.

Rakyat Malaysia kini diberi peringatan bahawa kehidupan masyarakat sememangnya tidak lagi akan sama berikutan kehadiran pandemik COVID-19. Semua pihak harus memastikan pematuhan garis panduan dapat dilakukan secara bersama untuk terus memutuskan penularan COVID-19.