Nama domain merupakan salah satu komponen utama dalam perniagaan internet atau syarikat digital masa kini.
Bercakap mengenainya, salah satu perkhidmatan popular, Uber – pada suatu ketika dahulu beroperasi pada nama domain UberCab.com.
Namun, disebabkan undang-undang tempatan, Uber tidak boleh mempunyai nama “Cab” kerana mereka bukan syarikat teksi berlesen. Ini sekaligus memerlukan mereka menjenamakan semula kepada Uber.
Selari dengannya, Uber memerlukan nama domain Uber.com. Ketika itu, nama domain ini dipegang oleh Universal Music Group.
Selepas melalui perbincangan bersama pihak berkenaan, Uber bersetuju memberikan pegangan sebanyak 2% pada syarikat berkenaan, untuk tukaran hak milik nama domain berkenaan.
Apa pun, selepas beberapa tahun, pihak Universal Music telah pun menjual pegangan berkenaan pada nilai hampir $863,000.