Artikel

SoftBank Melabur RM250 Juta Pada ADA Milik Axiata

SoftBank hari ini telah mengumumkan mereka akan membuat pelaburan sebanyak RM250 juta pada ADA, salah satu syarikat subsidiari dibawah Axiata Group Berhad.

Dengan pelaburan terbaru ini, ia membawa nilai ADA mencapai RM1.07 bilion. SoftBank akan mengambil pegangan sebanyak 23.07% dengan pelaburan baharu ini, sementara Axiata Digital mempunyai pegangan majoriti sebanyak 63.47%.

ADA merupakan salah satu firma yang memfokuskan kepada data dan kecerdasan buatan dalam menyediakan penyelesaian pemasaran, analisa dan sebagainya.

Pelaburan SoftBank juga dijangka akan membolehkan ADA diketengahkan sebagai rakan kerjasama utama untuk pemasaran digital di Asia.

Seperti ramai sedia maklum, pelbagai syarikat kini sedang melihat kepada pemasaran dengan integrasi data dalam mencapai sasaran pemasaran dengan lebih baik – dan pelaburan baharu ini membolehkan ADA diposisikan pada kedudukan lebih baik lagi.