Artikel

Laluan Hijau Timbal Balik Malaysia-Singapura Kini Digantung Seketika

Susulan Singapura antara negara yang melaporkan penularan varian (VOC) Sars-CoV-2 pada komuniti – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini menangguhkan seketika skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) antara Malaysia-Singapura bermula 13 Mei ini.

Kenyataan itu telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham pada sidang KKM semalam – di mana Kementerian Kesihatan Singapura telah mengeluarkan laporan kes melibatkan varian Afrika Selatan B.1.351, varian UK B.1.1.7, varian Brazil B.1.1.28 dan varian India B.1.617.1.

Sementara itu, bagi warga Singapura yang memasuki Malaysia untuk tugasan pekerjaan pula perlu menggunakan saluran pusat sehenti (OSC) yang telah disediakan MIDA – Lembaga Pembangunan Malaysia.

Manakala bagi skim Pengaturan Ulang-Alik Berkala (PCA) pula kemasukan pengembara di Malaysia perlu jalani kuarantin wajib 14 hari pada tarikh yang sama bermula 13 Mei kelak di pusat kuarantin yang telah ditetapkan.