Artikel

Suku Pertama 2021 Catat 177,900 Kekosongan Jawatan – Prestasi Ekonomi Negara Di Paras Sederhana

Suku pertama tahun 2021 kini memaparkan sekitar 177,900 kekosongan jawatan pada sektor ekonomi dicatatkan.

Berdasarkan data ini ia memperlihatkan peningkatan prestasi ekonomi negara – di mana meningkat 7.2% berbanding tahun lalu, sekitar 166,000 kekosongan tersedia.

Kekosongan jawatan itu meliputi 55.5% jawatan separuh mahir, 23.55 jawatan mahir serta 21% jawatan berkemahiran rendah.

Bagaimanapun, angka kekosongan itu tidak mencapai paras nasional iaitu 200,000 jawatan.

Selain itu, berikutan keadaan kesihatan semasa yang semakin meruncing – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ketika ini mengunjurkan dinamik pemulihan ekonomi negara kekal sederhana.

Sementara itu, paras kadar pengangguran negara dicatatkan pada April lalu kini 4.7%. Tahap ini dilihat cenderung memaparkan peningkatan susulan sekatan PKP yang diumumkan semalam (10 Mei) diseluruh Malaysia.