Bermula hari ini (11 Mei), hanya tinggal 5 hari sahaja lagi berbaki untuk pembayar cukai segera mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) mereka melalui e-filing secara atas talian.
Selewatnya pada tarikh akhir, 15 Mei ini.
Seperti yang umum ketahui, pembukaan borang ini telah dilakukan sejak 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021. Bagaimanapun, lanjutan tempoh tersebut telah dilakukan sehingga 15 Mei kelak.
Individu yang perlu membayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing tersebut pada portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada bahagian tetapan ciri MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.
Bagi pihak yang ingin mengetahui kriteria pelepasan cukai bagi Taksiran 2020, ia adalah seperti berikut:
Sekiranya pembayar cukai gagal memfailkan atau mengemukakan borang berkenaan melebihi tarikh akhir yang ditetapkan – pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengenakan penalti.
Untuk makluman, LHDN ketika ini menyasarkan tahun 2021 akan menerima sekitar 530,000 Borang E Tahun Saraan 2020 daripada majikan yang berdaftar. Manakala sekitar 3.27 juta Borang BE, B, BT, M dan MT akan diterima daripada individu yang memiliki rekod Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Ansuran CP500 tahun 2020.