Artikel

Surat Kebenaran Rentas Bagi Tujuan Pekerjaan, Tidak Memerlukan Cop Polis – MITI

Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI) kini menegaskan tiada keperluan pengesahan cop Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada surat rasmi perjalanan pekerjaan.

Penjelasan ini berikutan terdapat aduan bahawa, individu telah diberitahu surat pekerja memerlukan cop PDRM untuk melakukan perjalanan rentas.

Pihak MITI turut memperincikan sebelum ini, para pekerja perlu membawa surat kebenaran MITI atau dari mana-mana Kementerian/Agensi yang mengawal selia sektor terlibat. Tidak hanya itu penyediaan pas pekerja atau surat majikan juga wajar dilampirkan.

Langkah ini secara langsung dapat membantu para pekerja memudahkan sesi perjalanan mereka.