Artikel

Seluruh Operasi Pawagam Di Malaysia Kini Ditutup Sehingga Diberitahu Kelak

Sekiranya 6 Mei lalu GSC telah mengumumkan penutupan operasi di Kuala Lumpur dan Johor – kini langkah itu telah diperluaskan pada seluruh pawagam di Malaysia.

Bermula hari ini (10 Mei) seluruh panggung wayang di Malaysia akan ditutup buat sementara waktu sehingga makluman baharu diberitahu kelak.

Kenyataan ini telah dimaklumkan oleh TGV dan GSC pada laman Facebook rasmi mereka.

Bagi pelanggan TGV yang telah membeli tiket tayangan sebelum ini, akan dikembalikan semula wang bayaran mereka. Bagi pembelian secara atas talian, tempoh perolehan semula akan memakan masa sekitar 21 hari waktu bekerja.

Manakala bagi pembelian tiket di kaunter fizikal terpaksa ditangguhkan seketika dan akan dibayar semula setelah tamat tempoh penutupan.

 

Semua pihak dinasihatkan untuk terus mematuhi garis panduan dan mengikuti saranan pihak berkuasa. Tindakan ini akan membantu negara memulihkan semula kesejahteraan dan ekonomi Malaysia.