Artikel

UOBAM Malaysia Tawar Latihan Literasi Kewangan, Pelaburan – Bantu Pelajar Timba Pengalaman Kerjaya

Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam bidang tertentu, pengalaman industri adalah antara elemen utama yang wajar dimiliki.

Menyedari kepentingan itu, UOB Asset Management Malaysia hari ini (10 Mei) mengumumkan kerjasama 3 tahun bersama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pada penyediaan latihan literasi kewangan dan pelaburan kepada mahasiswa.

Usahasama ini akan memperlihatkan pendedahan berhubung landskap industri pelaburan, prosespek ekonomi, asas pemilihan saham, analisis teknikal serta penerapan teknologi kewangan dalam pasaran negara, antarbangsa.

Penyediaan latihan ini juga turut merangkumi – mahasiswa yang terpilih akan ditempat latihan praktikal bersama UOBAM selama 3 bulan.

Langkah ini dilihat suatu tindakan yang baik pada industri kewangan negara. Tidak hanya menawarkan peluang namun turut meningkatkan peluang graduan pada industri negara.