Artikel

Aktiviti Rentas Negeri Dan Daerah Dilarang Di Seluruh Malaysia Bermula 10 Mei Sehingga 6 Jun – Perlu Kebenaran PDRM

Datuk Seri Ismail Sabri hari ini telah mengumumkan yang mana semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran PDRM di seluruh negara tidak dibenarkan bermula 10 Mei 2021 ini sehingga 6 Jun 2021 kelak.

Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti rentas negeri dan daerah dalam tempoh berkenaan perlu mendapatkan kebenaran pihak PDRM terlebih dahulu.

Sepanjang tempoh berkenaan juga, aktiviti sosial, pendidikan dan ekonomi yang menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam tidak dibenarkan.

DS Ismail Sabri juga turut mengatakan yang mana keputusan ini akan disemak semula selepas tempoh dua minggu.