Artikel

Premis Tersenarai Dalam Sistem HIDE Kerana Lokasi Berisiko Diarah Tutup 3 Hari Berkuatkuasa Serta-Merta

Pada hari ini, kerajaan telah mula berkongsi lokasi-lokasi yang berisiko dengan penularan Covid-19 melalui sistem HIDE. Ia menggunakan gabungan dataraya dan kecerdasan buatan dalam hadir dengan senarai berkenaan.

Selari dengan pengenalan senarai tersebut, kini pihak berkuasa turut mengumumkan premis yang tersenarai dalam sistem HIDE kerana dikenalpasti sebagai lokasi berisiko akan diarah tutup tiga hari berkuat-kuasa serta-merta.

Dengan langkah ini, ia akan mengehadkan lagi pergerakan orang ramai, dan mengelak mereka daripada pergi ke lokasi berisiko.

Disamping itu, sebelum ini melalui FAQ sistem HIDE, orang ramai yang pernah gi ke lokasi berkenaan turut diminta meminimumkan kontak bersama orang lain.