Menghampiri ketibaan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, ia tidak menidakkan hak pengguna untuk terus berbelanja. Meskipun negara berdepan dengan krisis COVID-19 dan sekatan pergerakan – pilihan untuk terus berbelanja menerusi platform atas talian dan e-dagang masih tersedia ketika Ramadan.
Tinjauan terbaharu iPrice kini menunjukkan trend pembelian pengguna Muslim di Malaysia, Singapura dan Indonesia sepanjang Ramadan. Data ini nyata memaparkan kadar permintaan ketiga-tiga negara terus meningkat.
Ini dapat diperlihat menerusi waktu puncak penglibatan pengguna Muslim di platform atas talian. Berdasarkan dapatan, waktu puncak pengguna Malaysia adalah pada jam 2 petang dan 10 malam. Manakala pengguna Malaysia dilihat telah mula melakukan pembelian pada seawal jam 2 pagi lagi.
Momentum ini jelas menunjukkan pengguna Malaysia menggunakan ruang masa rehat dan setelah waktu tarawih untuk melakukan pembelian. Malah faktor tawaran serta ganjaran menarik pada e-dagang juga turut meningkatkan potensi pembelian.
Sementara itu, pengguna Singapura pula memulakan pengalaman pembelian atas talian mereka seawal jam 5 pagi dan waktu puncak sama seperti Malaysia iaitu pada jam 2 petang dan 9 malam hingga 11 malam.
Indonesia pula memaparkan waktu puncak mereka pada jam 10 pagi.
Selain itu, berhubung penggunaan peranti pula secara jelas Indonesia catat peratusan tertinggi pada pembelian menerusi telefon pintar tahun 2021 dengan 93%, manakala Malaysia (68%) dan Singapura (55%).
Tidak hanya itu, tinjauan turut dapati beberapa item kegemaran yang menjadi pilihan pengguna Malaysia, Singapura dan Indonesia ketika ramadan ini.
Bagi Malaysia sekitar 8,140% dorong kepada pembelian produk penjagaan kulit. Singapura pula peningkatan pembelian dapat dilihat pada jualan minyak wangi (6,078%) dan Indonesia pula pembelian kaftan (8,773%).
Untuk makluman perbandingan data ini dilakukan pada 12 hingga 26 April, dengan Ramadan tahun lalu, pada 23 April hingga 7 Mei. Bagi mengetahui perincian lanjut, para pembaca boleh melayari pautan iPrice: Fascinating Consumer Trends of Muslims During Ramadan 2021.